AKTIVITI KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pelajar Sekolah Rendah pada 6 hingga 7 Mei 2016 di R & R Kota Minda, Jalan Kota Tinggi Mersing.

MATLAMAT  DAN OBJEKTIF KURSUS
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar sekolah rendah bagi mempertingkatkan pendidikan dan sahsiah diri mereka dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.
Aktiviti ini dapat memupuk pelajar dalam konsep memperbaiki ketrampilan diri yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teratur. Setiap organisasi dalam sekolah mempunyai potensi yang sangat tinggi apabila mempunyai ahli yang bertanggungjawab terhadap diri, organisasi dan masyarakat, sekolah dan masyarakat setempat. Adalah mustahil sesebuah organisasi itu akan berjaya tanpa memiliki kemahiran dan potensi yang ditagih oleh organisasi itu sendiri. Malah sikap kepimpinan yang ada dalam setiap diri seseorang itu akan tertonjol apabila digilap dengan cara yang tepat dan jitu.

Modul ini juga dapat meningkatan impak positif dan keharmonian dalam kalangan peserta/pelajar.

Pembentukan sahsiah dan jatidiri yang mantap, cemerlang dari segi persiapan spiritual, emosi dan fizikal menjadi keperluan bagi anak-anak muda dan golongan remaja terutamanya golongan pelajar sekolah masa kini.

Kursus Kepimpinan Pelajar ini menyentuh berkenaan beberapa aspek tanggungjawab sebagai seorang pelajar cemerlang iaitu:
1.  Ketaatan kepada Allah dan Rasul
2.  Ketaatan kepada ibu bapa
3.  Kecintaan terhadap ilmu
4.  Kefahaman tanggungjawab dan mengasihi diri dan orang lain
5.  Memelihara diri dan ahli keluarga
6.  Tanggungjawab kepada perancangan masa depan diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara
7.  Konsep kasih dan sayang.

Program 2 hari 1 malam ini khusus untuk membentuk kesucian jiwa dan pembentukan rohani cemerlang, sekaligus memberi impak berkesan ke arah perubahan dan penambah baikan diri pelajar ke satu tahap yang membanggakan.

 PELAKSANAAN KURSUS

Pelaksanaan kursus tersebut sebagaimana berikut :
            Tarikh             :  6 hingga 7 2016
Tempat           : R & R Kota Minda, Jalan Kota Tinggi Mersing.
           
Dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang berpengamalan dalam program ini. Peserta 80 orang pelajar daripada Sekolah Rendah Bandar Penawar 2 dan 4 Guru pengiring

0 comments "AKTIVITI KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment