KURSUS KEMAHIRAN MEMBAIKI ENJIN DAN BOT FIBER
PSPD telah menganjurkan kursus membaiki enjin dan bot fiber pada 14 hingga 17 Disember 2012 bertempat di dataran pelancongan kampung Belukar Durian. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada nelayan kawasan Belukar Durian dan Sedili Kecil telah menghadiri program ini. Para peserta telah dibimbing dengan 4 orang tenaga pakar yang dijemput khas daripada Pusat GIATMARA Daerah Mersing. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada para nelayan bagaimana untuk membaiki kerosakan kecil ke atas enjin bot dan bot fiber. Penganjuran kursus ini juga adalah bagi mengisi masa lapang golongan nelayan yang tidak ke laut apabila tiba musim tengkujuh.
0 comments " ", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment