PROGRAM BICARA SUFI DAN PELANCARAN PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1434H / 2013M

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian PSPD telah mengadakan Program Bicara Sufi dan Pelancaran Program-Program Sepanjang Bulan Ramadhan 1434H pada 5 Julai 2013 bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kg Dato' Abd Ghani Othman di Teluk Ramunia. Program ini bermula dengan jamuan dan pengisian ceramah berkisar Ramadhan yang disampaikan oleh Kadi Daerah Kota Tinggi dan Kadi Daerah Ledang. Seramai 300 orang hadir dan terdiri daripada 34 orang Pengerusi GDW wilayah KEJORA, JKKMB, badan bukan kerajaan (NGO), Maahad Tahfiz Tg Serindit dan Bandar Mas serta penduduk sekitar wilayah KEJORA. Majlis pelancaran Program Sepanjang Bulan Ramadhan dan sumbangan ikhlas berbentuk kurma pula telah disempurnakan oleh Adun Tanjung Surat YBhg Dato' Syed Sis Bin Syed Abd Rahman bersama Pengurus Pembangunan Sosial Dan Pemajuan Desa KEJORA Encik Salim Bin Md Osman.

0 comments "PROGRAM BICARA SUFI DAN PELANCARAN PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1434H / 2013M", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment