1.
PENGENALAN
Lembaga Kemajuan Johor
Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD)
telah menganjurkan Kursus Peningkatan
Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Siri 2 pada 10 hingga 12 Mac. 2016 di Teluk Gorek
Chalet & Camp Site Endau Mersing.
2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat
pelajar-pelajar sekolah menengah bagi mempertingkatkan pendidikan dan sahsiah
diri mereka dalam menghadapi cabaran di masa akan datang. Aktiviti ini dapat memupuk pelajar dalam konsep seronoknya ke sekolah
yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teratur. Setiap organisasi dalam
sekolah mempunyai potensi yang sangat tinggi apabila mempunyai pelajar yang mempunyai
matlamat, berfikiran secara kreatif (aktif senaman otak), belajar berkumpulan
secara berkumpulan (berjemaah) dan muhasabah diri. Adalah mustahil seorang pelajar itu akan berjaya tanpa
memiliki kemahiran dan potensi yang ditagih oleh ppelajar itu sendiri. Malah sikap sedemikian yang ada dalam setiap diri pelajar itu akan tertonjol apabila
digilap dengan cara yang tepat dan jitu.
Modul ini juga dapat
meningkatan impak positif dan keharmonian dalam kalangan pelajar.
Objektif yang dicapai oleh
para peserta dalam kursus tiga hari ini ialah :-
1.
Mempunyai
tahap kesedaran yang tinggi terhadap diri, organisasi dan masyarakat
2.
Membina
kemahiran komunikasi dan pengucapan awam pada tahap yang lebih baik dan
berkesan
3.
Membolehkan
peserta menguasai akan teknik berketrampilan yang betul agar menjadi tarikan
utama dalam bekerjaya.
4.
Membina
keyakinan yang tinggi dan meningkatkan karisma dalam kalangan peserta ketika menjalani tugasan sebagai
pelajar/orang awam.
5.
Peserta
akan di serapkan dengan modul dan tugasan yang memupuk keboleh upayaan kritis
dan kreatif tahap tinggi.
6.
Peserta
mengaplikasikan kepintaran dalam kehidupan realiti.
7.
Peserta
akan disuntik dengan aktiviti berbentuk kerohanian dan muhasabah diri.
8.
Peserta
juga akan didedahkan dengan modul yang menyuburkan impak positif dalam kalangan
peserta.
9.
Peserta
didedahkan teknik dan cara yang boleh menyumbang kearah pembangunan akhlak.
1.
Peserta
diajar teknik mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan kaedah pengucapan yang
baik.
1.
Peserta
dilatih untuk bergaul secara positif untuk menjadi insan yang cemerlang.
3. PELAKSANAAN
KURSUS
Pelaksanaan kursus tersebut
sebagaimana berikut :
Tarikh :
10 hingga 12 Mac. 2016
Tempat : Peningkatan
Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah
Menengah SIRI 2
Dikendalikan
sepenuhnya oleh tenaga pengajar Takzim Biru
0 comments "AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 2)", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment