Program ini telah diadakan pada 19-21 November 2013 di Teluk Gorek Beach Resort, Kg Tg Resang Mersing. Seramai 80 orang belia daripada seluruh kampung GDW wilayah KEJORA telah dipilih bagi mengikuti kem ini. Program ini dapat memberikan pendedahan serta motivasi kepada para belia dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar kini. Terdapat pengisian aktiviti dari segi jasmani dan rohani juga diterapkan kepada para peserta kem ini. Antaranya melatih kaum lelaki menjadi imam dalam setiap waktu solat dan program mendaki Gunung Arung serta pengisian kelas motivasi.
KEM BINA SAHSIAH REMAJA WILAYAH KEJORA 2013 Siri 1
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Thursday, 21 November 2013
0 comments "KEM BINA SAHSIAH REMAJA WILAYAH KEJORA 2013 Siri 1", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment