Program ini diadakan pada 26-28 Jun 2014 di Pusat Latihan AKLI, Kota Tinggi dan telah dihadiri seramai 80 orang Ahli Isi Rumah (AIR) kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin. Program ini bertujuan memberikan motivasi dan pendedahan kepada para peserta dalam mendalami dan mengenali diri serta potensi yang terdapat didalam diri setiap para peserta. Para pengajar terdiri daripada Jurulatih Pengupayaan Komuniti Luar Bandar Negeri Johor yang telah dilantik oleh Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang bertanggungjawab untuk memimpin dan membawa golongan sasar keluar daripada kelompok kemiskinan mereka dalam mentransformasikan kehidupan kepada yang lebih baik.
KURSUS BINA INSAN UNGGUL, PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN, SPKR
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Sunday, 29 June 2014
0 comments "KURSUS BINA INSAN UNGGUL, PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN, SPKR", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment