Kursus ini telah diadakan pada 4 hingga 6 Jun 2014 bertempat di J.A Residence Hotel, Johor Bahru. Kursus ini telah dihadiri seramai 60 orang AJK GDW Kampung Wilayah KEJORA. Objektif kursus ini adalah bagi memberikan pendedahan khusus kepada para peserta dalam proses merancang dan menguruskan organisasi kampung. Para peserta juga diberikan taklimat mengenai latarbelakang KEJORA serta fungsi kepada kampung dan garis panduan untuk menjadi Kampung Abad 21 (Desa Lestari). Para peserta juga telah dibawa ke Kampung Sungai Jambi, Rengit yang pernah menjadi Johan Anugerah Desa Cemerlang pada tahun 2012 bagi mengambil seberapa banyak ilmu, pengalaman dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi taklimat dan berkenalan antara AJK kampung dan AJK GDW Wilayah KEJORA dan lawatan ke tapak projek ekonomi kampung tersebut
KURSUS URUS TADBIR GDW WILAYAH KEJORA
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Saturday, 7 June 2014
0 comments "KURSUS URUS TADBIR GDW WILAYAH KEJORA", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment