Program Inspirasi Universiti pada 9 hingga 11 September
2014 dengan penglibatan sebanyak 4 buah sekolah di dalam Wilayah KEJORA ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak. Program
ini dapat memberi pendedahan kepada permulaan langkah dan suntikan motivasi
serta rangsangan positif kepada para pelajar untuk lebih komited dan
bertanggungjawab dalam pelajaran serta menetapkan objektif serta sasaran yang
akan bakal dicapai selepas tamat persekolahan ke peringkat Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). Selain itu juga, objektif program ini adalah bagi membina, menjalin dan mengekalkan
hubungan antara mahasiswa dengan para peserta, memberi
peluang kepada para peserta untuk menimba pengetahuan dan pengalaman daripada
perspektif yang berbeza, menggalakan
para peserta membina hubungan sosial bersama-sama lingkungan masyarakat luar dan juga menggalakkan
pemahaman kepada sektor industri minyak dan gas sejajar dengan pembangunan
kompleks minyak dan gas pengerang.
INSPIRASI UNIVERSITI
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Thursday, 11 September 2014
0 comments "INSPIRASI UNIVERSITI", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment