AKTIVITI PROGRAM LAMBAIAN UNIVERSITI WILAYAH KEJORA

1.    PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah menganjurkan Program Lambaian Universiti Wilayah Kejora pada 4 hingga 7 Ogos 2016 di Universiti Malaysia Pahang..

Program diadakan untuk membantu pelajar-pelajar ini dalam menentukan masa hadapan mereka. Selain itu, program ini mampu memberikan pelajar-pelajar pengalaman sebenar berada di Universiti

Pelajar-pelajar ini juga akan dibantu dari segi penyediaan mental dan fizikal untuk mengharungi kehidupan di Universiti yang pastinya diimpikan sejak di bangku sekolah lagi. Suntikan semangat melalui perkongsian pengalaman mahasiswa-mahasiswa dijamin mampu memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar ini.

  1. RASIONAL
Setiap pelajar pastinya mahu melanjutkan pelajaran di Universiti, di samping dapat memberikan kegembiraan kepada ibu bapa mereka. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya pelajar-pelajar ini diberikan maklumat mengenai universiti dan peluang untuk merasai pengalaman di Universiti. Jika perkara ini dapat dilaksanakan, pelajar-pelajar pastinya akan lebih bersemangat untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka.

  1. MATLAMAT
Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berdaya saing serta mempunyai jati diri yang tinggi. Dapat menyuntik semangat dan memberi dorongan dan nasihat kepada pelajar yang bakal menamatkan sesi persekolahan sebelum melangkah meneruskan kecemerlangan dengan melanjutkan pengajian ke intitusi pengajian tinggi

  1. OBJEKTIF
l  Memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan situasi sebenar ketika mereka berada di alam Universiti.
l  Memberi pendedahan berkenaaan cabaran dan dugaan ketika di universiti samada dari segi akademik atau kehidupan.
l  Memberikan pengetahuan mengenai kepelbagaian bidang yang boleh dipilih selepas pendidikan di sekolah menengah.
l  Membantu dan memberi maklumat kepada para pelajar berkenaan institut pengajian tinggi yang dipilih oleh mereka.

5.    PELAKSANAAN KURSUS

Pelaksanaan kursus tersebut sebagaimana berikut :
            Tarikh             :  4 hingga 7 Ogos 2016
            Tempat           :  Universiti Malaysia Pahang         
            Peserta          :  80 orang peserta sekolah-sekolah wilayah Kejora

6. GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

0 comments "AKTIVITI PROGRAM LAMBAIAN UNIVERSITI WILAYAH KEJORA ", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment