Program Karnival Pelancaran Mini RTC Tanjung
Sedili, Johor dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) selaras dengan agenda kementerian untuk menaiktaraf Medan Infodesa (MID)
kepada Mini RTC. Tujuan utama pelaksanaan karnival ini adalah untuk mempromosi
Mini RTC.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan
oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid. Majlis juga dihadiri
oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, En Fizwan bin Dato’ Rashidi dan wakil dari
KEJORA sebagai agensi penyelaras, En. Salim bin Md. Osman.
Bagi memeriahkan lagi aktiviti pada hari
karnival, urusetia program juga mengadakan beberapa pertandingan sampingan
seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan gubahan, masakan,
sukaneka dan kuiz Mini RTC Tanjung Sedili.
Disamping itu, karnival juga disertai oleh Majlis
Kanser Nasional (MAKNA) yang mengadakan pemeriksaan mamogram dan pemeriksaan
mata secara percuma. Terdapat juga Pameran Jenayah Narkotik oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM), pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan, pameran dari
pihak FAMA, pameran dan daftar kemasukan pelajar oleh GIAT MARA, pameran pembukaan
akaun dan daftar haji oleh Tabung Haji, pameran jentera oleh BOMBA dan
penglibatan Persatuan Relawan Malaysia (RELA) yang memastikan keadaan
lalulintas sepanjang program berjalan lancar.
0 comments "Penaiktarafan MID Kg. Sri Gading kepada Mini RTC Tg. Sedili", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment