Buat julung kalinya Bahagian PSPD diberikan mandat untuk menguruskan program besar seperti Program Mesra Rakyat Sempena Sukan MAKSPEN Kali Ke-12. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2013 ini dalam menjayakan acara sukan antara agensi KKLW yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Acara Mesra Rakyat ini telah diadakan di Kampung Johor Lama dengan kerjasama pelbagai pihak. Program ini merupakan salah satu medium pihak pengurusan tertinggi dalam mendekati dan mengenali penduduk terlibat. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Ibrahim Bin Muhamad selaku Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KKLW, Setiausaha Bahagian (SUB) KKLW dan turut dihadiri oleh barisan-barisan VIP dan Ketua-ketua bagi setiap agensi dibawah KKLW.
Program ini diadakan pada 7 Jun 2013 iaitu hari Jumaat bermula pukul 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Pelbagai acara dipertandingkan seperti acara masakan secara langsung, acara pertunjukan seperti sepak raga bulatan dan memancing serta acara berkumpulan antara penduduk kampung dan agensi pula adalah seperti bolasepak kain pelikat, terompah gergasi, memanah, boling kelapa, menganyam ketupat bawang, lari dalam guni dan acara sayang di sayang.

0 comments "PROGRAM MESRA RAKYAT SEMPENA SUKAN MAKSPEN XII", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment