Program ini telah diadakan pada 22 - 24 Disember 2014 di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. Seramai 80 orang belia wilayah KEJORA telah dipilih bagi mengikuti program ini. Program ini dapat memberikan pendedahan dan menyerlahkan kehebatan dalam diri individu dalam melahirkan output terbaik dalam diri orang lain juga. Peserta diberikan keyakinan bahawa jalan penyelesaian kepada hampir semua masalah kecemerlangan dalam diri manusia itu selain dari wajib mengagamakan diri secara menyeluruh, setiap individu mesti beriltizam berterusan memperbaiki sikap dan jatidiri sehingga mencapai peringkat imej insan robbani duniawi dan ukhrawi
KURSUS PEMBANGUNAN KARAKTER
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Wednesday, 24 December 2014