PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT WILAYAH KEJORA TAHUN 1436 H/ 2015 M

Program ini telah diadakan pada 23 Januari 2015 dengan jumlah penyertaan penduduk sekitar dan pelbagai agensi seramai 3000 orang anjuran bersama GDW Kg. Gembut, Tg Sedili dan Masjid Jamek Kg. Gembut. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah perarakan maulidur rasul, persembahan nasyid, berzanzi dan marhaban, membudayakan bacaan Al-Quran, ceramah jemputan oleh PU Rahmat dan makan tengahari bersama-sama penduduk setempat. Antara yang hadir memeriahkan majlis adalah wakil parlimen Kota Tinggi, Adun Sedili, wakil Pengurus Besar KEJORA, wakil pegawai Kerajaan dan penduduk kampung. Program ini diharapkan dapat memupuk sifat mengenali Nabi Besar junjungan Rasulullah SAW dengan lebih mendalam dan memupuk sifat kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat berteraskan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Perpaduan nadi Tranformasi Negara".