AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 5 )

1.         PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Siri 5 pada 28 hingga 30 April 2016 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site Endau Mersing.

RASIONAL
                       
Golongan Pelajar merupakan generasi yang penting untuk  pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan  dan keutuhan ummah. Ummah sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya  gersang dari  nilaian Islam dan modal insan yang sepatutnya.

Bagi membolehkan  para pelajar mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa pelajar juga mesti diisi dengan isu semasa, keadaan semasa, dan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini.

Justeru itu pendedahan program bimbingan dan motivasi amat penting kepada semua  pelajar  yang ingin  memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.

Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan pelajar yang mempunyai  daya juang yang tinggi, kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri pelajar  itu sendiri.

2.  OBJEKTIF

”MENCAPAI KEJAYAAN DI BAWAH NAUNGAN PAYUNG KEMANISAN HIDUP”

Melahirkan Remaja yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar kehidupan dunia dan akhirat.

Melahirkan Remaja  yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap Diri ,Tuhan, Keluarga, Bangsa dan Negara.

 Melahirkan Remaja yang soleh dan solehah yang menyedari tentang hakikat sebenarnya kepentingan ibadah di dalam kehidupan.

Menyedarkan para peserta bahawa sikap negatif boleh menghalang kejayaan  insan perlu dikikis dan diganti dengan sikap positif

3.  PELAKSANAAN KURSUS

Pelaksanaan kursus tersebut sebagaimana berikut :
            Tarikh             :  28 hingga 30 April 2016
Tempat           : Teluk Gorek Chalet & Camp Site Endau Mersing.
           
Dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar Takzim Biru Resources
Peserta 80 orang pelajar daripada SMK Seri Pinang,SMK Bandar Tenggara,SMK Air Tawar,SMK Tanjung Dato dan 4 Guru pengiring 

0 comments "AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 5 )", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment