AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 1)

1.    PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Siri 1 pada 25 hingga 27 Februari 2016 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site Endau Mersing.

      2.  MATLAMAT  DAN OBJEKTIF KURSUS
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar sekolah menengah bagi mempertingkatkan pendidikan dan sahsiah diri mereka dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.
Aktiviti ini dapat memupuk pelajar dalam konsep memperbaiki ketrampilan diri dan teknik pengucapan awam yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teratur. Setiap organisasi dalam sekolah mempunyai potensi yang sangat tinggi apabila mempunyai ahli yang bertanggungjawab terhadap diri, organisasi dan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat. Adalah mustahil sesebuah organisasi itu akan berjaya tanpa memiliki kemahiran dan potensi yang ditagih oleh organisasi itu sendiri. Malah sikap kepimpinan yang ada dalam setiap diri seseorang itu akan tertonjol apabila digilap dengan cara yang tepat dan jitu.

Modul ini juga dapat meningkatan impak positif dan keharmonian dalam kalangan peserta/pelajar.

Tiga objektif yang dicapai oleh para peserta dalam kursus tiga hari ini ialah :-
1.    Mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap diri, organisasi dan masyarakat
2.    Membina kemahiran komunikasi dan pengucapan awam pada tahap yang lebih baik dan berkesan
Membolehkan peserta menguasai akan teknik berketrampilan yang betul agar menjadi tarikan utama dalam bekerjaya

3.    PELAKSANAAN KURSUS

Pelaksanaan kursus tersebut sebagaimana berikut :
            Tarikh             :  25 hingga 27 Februari 2016
Tempat           : Peningkatan Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah                                                             Menengah   
           
Dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar Takzim Biru

            Peserta            : 76 Orang pelajar dan 4 Guru pengiring daripada SMK Air Tawar.

0 comments "AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 1)", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment