AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 3)

1.     PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Siri 3 pada 24 hingga 26 Februari 2016 di Teluk Gorek Chalet & Camp Site Endau Mersing.

2.     MATLAMAT  DAN OBJEKTIF KURSUS
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar sekolah menengah bagi mempertingkatkan pendidikan dan sahsiah diri mereka dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.
Aktiviti ini dapat memupuk pelajar dalam konsep memperbaiki ketrampilan diri dan teknik pengucapan awam yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teratur. Setiap organisasi dalam sekolah mempunyai potensi yang sangat tinggi apabila mempunyai ahli yang bertanggungjawab terhadap diri, organisasi dan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat. Adalah mustahil sesebuah organisasi itu akan berjaya tanpa memiliki kemahiran dan potensi yang ditagih oleh organisasi itu sendiri. Malah sikap kepimpinan yang ada dalam setiap diri seseorang itu akan tertonjol apabila digilap dengan cara yang tepat dan jitu.

Modul ini juga dapat meningkatan impak positif dan keharmonian dalam kalangan peserta/pelajar.

Pembentukan sahsiah dan jatidiri yang mantap, cemerlang dari segi persiapan spiritual, emosi dan fizikal menjadi keperluan bagi anak-anak muda dan golongan remaja terutamanya golongan pelajar sekolah masa kini.
ProgramHead Start ini menyentuh berkenaan beberapa aspek tanggungjawab sebagai seorang pelajar cemerlang iaitu:
1.  Ketaatan kepada Allah dan Rasul
2.  Ketaatan kepada ibu bapa
3.  Kecintaan terhadap ilmu
4.  Kefahaman tanggungjawab dan mengasihi diri dan orang lain
5.  Memelihara diri dan ahli keluarga
6.  Tanggungjawab kepada perancangan masa depan diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara
7.  Konsep kasih dan sayang.
  
Program 3 hari 2 malam ini khusus untuk membentuk kesucian jiwa dan pembentukan rohani cemerlang, sekaligus memberi impak berkesan ke arah perubahan dan penambah baikan diri pelajar ke satu tahap yang membanggakan.

OBJEKTIF KURSUS
METODOLOGI KURSUS
Di akhir program ini, peserta akan:
1. Mempunyai tahap kesedaran terhadap tanggungjawab kepada diri dalam kehidupan dan kepimpinan, serta memahami tanggungjawab sebagai khalifah.
2.Membina hubungan dengan Allah dan mampu menjaga hubungan dengan manusia.
3.Pembentukan nilai sahsiah dan akhlak cemerlang menyumbang kepada kecemerlangan akademik
Ceramah (30%)
Kajian kes, perbincangan dan latihan dalam kumpulan (30%)
Simulasi Aktiviti dan Outdoor (40%)

0 comments "AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 3)", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment