KURSUS PENGUCAPAN AWAM

Komunikasi adalah segala-galanya dalam perhubungan manusia. Seseorang pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke institusi keluarga akan menjadi pemimpin yang berkualiti  sekiranya ia mampu menterjemah idea dalam komunikasi yang paling berkesan. Kegagalan pemimpin dalam melontar secara jelas dan kegagalannya menyampaikan hasrat dan matlamat organisasi atau keluarga melalui komunikasi yang berkesan, menjadi batu penghalang kepada perhubungan akrab, kerjasama  dan semangat pengorbanan pengikut kepada organisasi antara pemimpin dan pengikut dan organisasi. 

Menyedari betapa pentingnya hal ini, pihak KEJORA telah mengadakan Kursus Pengucapan Awam yang diadakan pada 5 hingga 7 Oktober 2012 bertempat di Hotel Sentral Johor Bahru. Seramai 40 Orang peserta telah dipilih yang terdiri daripada AJK GDW Wilayah KEJORA. Kursus ini dapat mendedahkan kepada peserta mengenai teori dan teknik pengucapan awam yang berkesan serta dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri semasa memberi pengucapan awam kepada masyarakat kampung khasnya. 

0 comments "KURSUS PENGUCAPAN AWAM", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment