BENGKEL KOMPETENSI KEPIMPINAN ORGANISASI-ORGANISASI KAMPUNG WILAYAH KEJORA TAHUN 2012
Gerakan Daya Wawasan (GDW) merupakan salah satu program kerajaan dalam usaha memperkasa kepimpinan organisasi diperingkat kampung. Oleh yang demikian, Bahagian PSPD dengan kerjasama INFRA telah menganjurkan Bengkel Kompetensi Kepimpinan Organisasi-Organisasi Kampung Wilayah Kejora. 2 orang wakil daripada setiap GDW yang berada di dalam wilayah kejora telah dijemput untuk menghadiri program ini. Antara pengisian bengkel ini adalah menerangkan kepada jawatankuasa kampung mengenai program terbaru Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seperti memperkenalkan program Kampung Alaf 21. Program terbaru kerajaan ini akan menumpukan kepada pembangunan sosial dan fizikal sesebuah kampung melalui koperasi kampung. Program ini telah menyuntik semangat kepada para peserta untuk menubuhkan koperasi di kampung masing-masing.
0 comments " ", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment