Program ini merupakan lanjutan program kerjasama antara KEJORA dan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) yang telah diadakan pada 9 Mac 2013 bertempat di
Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru. Tujuan program ini dijalankan
adalah untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar di peringkat
sekolah menengah. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar diberi
peluang untuk mencipta ROBOKAR mereka sendiri di samping memenangi pelbagai
hadiah menarik yang telah disediakan. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah berasrama penuh dan sekolah menengah harian dalam Bandar Penawar.
BENGKEL iCARE : PENYELESAIAN MASALAH DENGAN PENGATURCARAAN ROBOKAR
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Saturday, 9 March 2013
0 comments "BENGKEL iCARE : PENYELESAIAN MASALAH DENGAN PENGATURCARAAN ROBOKAR", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment