1, PENGENALAN
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah
menganjurkan Kursus Peningkatan
Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Siri 3 pada 24 hingga 26 Februari
2016 di Teluk
Gorek Chalet & Camp Site Endau Mersing.
2.
SINOPSIS
PROGRAM PROGRAM JATIDIRI AIDIL-RIJAL DAN KEPIMPINAN PELAJAR
Pembentukan sahsiah dan jatidiri yang
mantap, cemerlang dari segi persiapan spiritual, emosi dan fizikal menjadi
keprluan bagi anak-anak muda dan golongan remaja masa kini. Program Jatidiri
Aidil Rijil (Lelaki Sempurna) menyentuh berkenaan 5 aspek bertanggungjawab
kepada lelaki iaitu:
1. Ketaatan kepada Allah dan Rasul
2. Ketaatan kepada ibu bapa
3. Kecintaan terhadap ilmu
4. Kefahaman tanggungjawab dan mengasihi diri dan orang lain
5. Memelihara diri dan ahli keluarga
Program 3 hari 2 malam ini khusus
untuk membentuk kesucian jiwa dan pembentukan rohani cemerlang, sekaligus
memberi impak berkesan ke arah perubahan dan penambahbaikan diri pelajar ke
satu tahap yang membanggakan.
OBJEKTIF
KURSUS
|
METODOLOGI KURSUS
|
Di akhir
program ini, peserta akan:
1. Mempunyai tahap kesedaran terhadap tanggungjawab kepada
diri dalam kehidupan dan kepimpinan, serta memahami tanggungjawab sebagai
khalifah.
2.Membina
hubungan dengan Allah dan mampu menjaga hubungan dengan manusia.
3.Pembentukan
nilai sahsiah dan akhlak cemerlang.
|
Ceramah
(30%)
Kajian kes,
perbincangan dan latihan dalam kumpulan (30%)
Simulasi
Aktiviti dan Outdoor (40%)
|
3. PELAKSANAAN
KURSUS
Pelaksanaan kursus tersebut
sebagaimana berikut :
Tarikh :
14 hingga 16 April 2016
Tempat : Teluk Gorek Chalet & Camp Site Endau
Mersing.
Dikendalikan
sepenuhnya oleh tenaga pengajar Takzim Biru Resources
Peserta 80 orang pelajar daripada
Sekolah Menengah Sayong Pinang dan 4 Guru pengiring
4. GAMBAR-GAMBAR
0 comments "AKTIVITI PENINGKATAN PENDIDIKAN DAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (SIRI 4 )", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment