Kedua-dua ilmu duniawi mahupun ukhrawi amatlah penting dalam kehidupan setiap individu namun perlulah diseimbangkan. Atas kesedaran ini, Bengkel Pengurusan Jenazah Perdana 2012 telah dianjurkan oleh pihak KEJORA dengan kerjasama daripada Yayasan Pembangunan Wanita Daerah Kota Tinggi. Bengkel ini telah diadakan di Tanjung Piai Resort, Pontian dengan dihadiri oleh seramai 40 orang yang terdiri daripada penduduk wilayah KEJORA peringkat pelbagai lapisan umur. Bengkel ini juga telah dianjurkan selama 3 hari iaitu pada 12 sehingga 14 Oktober 2012. Para peserta dapat mengetahui mengenai tatacara dalam menguruskan mayat tanpa hanya mengharapkan bilal yang sudah berumur dan terhad bilangannya, terutama jika ada diantara ahli keluarga mereka yang dijemput lebih awal oleh Allah SWT
BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH PERDANA
Ditulis oleh:
PSPD @ KEJORA - Friday, 12 October 2012
0 comments "BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH PERDANA", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment