Program yang dihadiri seramai 720 orang para pelajar dari sekolah menengah sekitar kawasan Sedili ini di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai memberikan pendedahan kepada mereka mengenai kehidupan di kampus sebagai galakan untuk para pelajar ini memasang iltizam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi lagi. Program dibawah KEJORA ini juga memberikan pengetahuan mengenai kepelbagaian bidang yang boleh dipilih selepas pendidikan di sekolah menengah.
Program ini dilaksanakan bermula pada 12 sehingga 14 Oktober 2012 anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Fasilitator Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Majlis Agama Islam Johor, Setiausaha Politik Kementerian Pengajian Tinggi dan ADUN Sedili.

0 comments "PROGRAM LAMBAIAN U", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment