Karnival Pelancaran Mini RTC Kahang

Program Karnival Pelancaran Mini RTC Tanjung Sedili, Johor dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selaras dengan agenda kementerian untuk menaiktaraf Medan Infodesa (MID) kepada Mini RTC. Tujuan utama pelaksanaan karnival ini adalah untuk mempromosi Mini RTC.

Karnival Mini RTC telah diadakan 28 April  2013 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Karnival juga dihadiri oleh Pengurus Besar KEJORA, Hj. Azizan bin Md. Rais. KEJORA sebagai agensi Penyelaras bagi Mini RTC Kahang. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB En. Vidyanathan calon Barisan Nasional (BN) DUN Kahang dan En. Ahmad Nazri bin Rebu Penolong Pegawai Daerah Kluang.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti sukaneka, tayangan video oleh Jabatan Penjara Malaysia, pertandingan gubahan dan lain-lain.

Karnival juga disertai oleh beberapa Agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara,  Maybank, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTED
T) dan lain-lain.

0 comments "Karnival Pelancaran Mini RTC Kahang", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment