Program Karnival Pelancaran Mini RTC Tanjung
Sedili, Johor dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) selaras dengan agenda kementerian untuk menaiktaraf Medan Infodesa (MID)
kepada Mini RTC. Tujuan utama pelaksanaan karnival ini adalah untuk mempromosi
Mini RTC.
Karnival Mini RTC telah diadakan 28 April 2013 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri
Hishammuddin bin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Karnival
juga dihadiri oleh Pengurus Besar KEJORA, Hj. Azizan bin Md. Rais. KEJORA
sebagai agensi Penyelaras bagi Mini RTC Kahang. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Ahmad Nazri bin Rebu wakil dari Pejabat Daerah Kluang, dan YB En. R. Vidyanathan calon Barisan Nasional bagi DUN Kahang.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti sampingan
diadakan seperti sukaneka, tayangan video oleh Jabatan Penjara Malaysia,
pertandingan gubahan dan lain-lain.
Karnival juga disertai oleh beberapa Agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara, Maybank, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) dan lain-lain.
0 comments "KARNIVAL PELANCARAN MINI RTC (Rural Transformation Centre) KAHANG", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment