1. PENGENALAN
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah
menganjurkan Kursus Pesona Diri Wanita pada 15 hingga 17 September
2015 di Kings
Hotel, Melaka.
Kini, organisasi yang telah berjaya
percaya bahawa semangat berpasukan yang utuh mampu membuat perubahan yang besar
dalam syarikat. Pasukan yang kuat, fleksibel dan produktif mampu menjadi pemangkin
dalam menjana keputusan yang cemerlang, kualiti yang lebih baik, dan
menjimatkan kos. Dengan penglibatan yang aktif dari pasukan yang berprestasi
tinggi, sesebuah organisasi dapat menggalakkan pekerja untuk menyesuaikan diri,
meningkatkan kualiti, servis dan keselamatan pekerja. Untuk mencapai objektif
tersebut, ketua dan setiap ahli kumpulan hendaklah sentiasa berkomunikasi
dengan lebih berkesan antara satu sama lain, menggalakkan penglibatan ahli
kumpulan, memanfaatkan setiap idea yang kreatif, mengatasi ketakutan kumpulan
untuk berubah serta memperbaharui semangat berpasukan. Tetapi, perubahan yang
berlaku akan mengundang kesukaran kepada ahli pasukan yang kurang pengetahuan,
pemahaman atau pemikiran yang kondusif dalam bekerjasama. Program ini disusun
untuk menyediakan kemahiran serta meningkatkan prestasi pasukan dan kepuasan
hati setiap ahli kumpulan. Matlamat program adalah untuk membantu peserta
meningkatkan kesedaran terhadap peningkatan dinamik pasukan, kemahiran
praktikal untuk memaksimakan prestasi pasukan, dan mempercayai semangat
bekerjasama. Program ini membantu peserta dalam merancang sesuatu
penambahbaikan di dalam cara pasukan beroperasi. Peserta bakal memiliki sebuah
set kemahiran bersepadu yang dapat digunakan di mana-mana sahaja tidak kira
masa di samping meningkatkan prestasi kumpulan, kemampuan untuk memimpin, dan
perpaduan pasukan. Hasilnya, selepas mengamalkan kemahiran yang dipelajari,
peserta akan dapat lebih daripada kerjasama. Peserta akan menjadi lebih kuat,
lebih komited, lebih produktif dan lebih peribadi.
2.
OBJEKTIF
Objektif pembelajaran untuk program
ini adalah seperti berikut:
·
Memupuk
minda kelas pertama
·
Menanam nilai kesetiaan dan sayang kepada
organisasi
·
Memperhalusi semangat kerjasama diantara
pasuka
·
Komunikasi
berkesan di antara pasukan dan pemegang
·
Amanah Memberi peluang mengenali tahap kekuatan dan
·
Kelemahan
diri Memberi definisi dan hubungan
pasukan terhadap
·
Matlamat
organisasi serta tanggungjawabnya
Mengetahui kaedah pengurusan stress
·
Mengenali
diri dan persekitaran
3.
MATLAMAT
Hasil program adalah seperti
berikut:
·
Dapat
mewujudkan persekitaran yang lebih positif
·
Refleksi
dan maklum balas serta merta dari peserta
·
Terhadap
pengalaman pembelajaran dan aktiviti
Peningkatan terhadap keyakinan diri serta kepercayaan
·
Sesama
rakan sekerja Persekitaran kerja yang
lebih bertenaga dan bermotivasi
·
Prestasi
kerja yang lebih baik dan lebih bersepadu
·
Penglibatan
di dalam kerja berkumpulan dan memudahkan
·
Tugasan
berpasukan Mengurangkan kadar stress dan
mampu meningkatkan
·
Produktiviti Perhubungan berkesan dengan pemegang amanah
·
Pelanggan
dalaman, termasuk pihak pengurusan
4.
PELAKSANAAN
KURSUS
Pelaksanaan kursus tersebut
sebagaimana berikut :
Tarikh : 15 hingga 17 September 2016
Tempat
: Kings Hotel, Melaka.
Peserta :
40 orang peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa
kampung dan Bandar wilayah KEJORA
0 comments "AKTIVITI KURSUS PESONA DIRI WANITA", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment