PENGENALAN
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah
menganjurkan Kursus Smart Muslim Pelajar Sekolah Rendah pada
16 hingga 18
Jun 2016 di Hotel
Selesa Pasir Gudang
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat
pelajar-pelajar sekolah rendah bagi mempertingkatkan pendidikan dan sahsiah
diri mereka dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.
Aktiviti ini dapat memupuk
pelajar dalam konsep memperbaiki ketrampilan diri yang berkesan melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teratur. Setiap organisasi dalam sekolah mempunyai potensi yang
sangat tinggi apabila mempunyai ahli yang bertanggungjawab terhadap diri,
organisasi dan masyarakat, sekolah
dan masyarakat setempat. Adalah mustahil sesebuah organisasi itu akan berjaya
tanpa memiliki kemahiran dan potensi yang ditagih oleh organisasi itu sendiri.
Malah sikap kepimpinan yang ada dalam setiap diri seseorang itu akan tertonjol
apabila digilap dengan cara yang tepat dan jitu.
Modul ini juga dapat meningkatan impak
positif dan keharmonian dalam kalangan peserta/pelajar.
Pembentukan sahsiah dan
jatidiri yang mantap, cemerlang dari segi persiapan spiritual, emosi dan
fizikal menjadi keperluan bagi anak-anak muda dan golongan remaja terutamanya golongan pelajar sekolah masa kini.
Kursus Kepimpinan Pelajar ini
menyentuh berkenaan beberapa
aspek tanggungjawab sebagai seorang pelajar
cemerlang iaitu:
1.
Ketaatan kepada Allah dan Rasul
2.
Ketaatan kepada ibu bapa
3.
Kecintaan terhadap ilmu
4.
Kefahaman tanggungjawab dan mengasihi diri dan
orang lain
5.
Memelihara diri dan ahli keluarga
6.
Tanggungjawab kepada perancangan masa depan diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara
7.
Konsep kasih dan sayang.
Program 3 hari 2 malam
ini khusus untuk membentuk kesucian jiwa dan pembentukan rohani cemerlang,
sekaligus memberi impak berkesan ke arah perubahan dan penambah baikan diri
pelajar ke satu tahap yang membanggakan.
PELAKSANAAN
KURSUS
Pelaksanaan kursus tersebut
sebagaimana berikut :
Tarikh : 16 hingga 18 Jun 2016
Tempat : Hotel Selesa Pasir Gudang.
Dikendalikan
sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang berpengamalan dalam program ini. Peserta 80 orang
pelajar daripada Sekolah Rendah Zon Layang dan Simpang Rengam dan 4 Guru
pengiring
GAMBAR-GAMBAR
AKTIVITI YANG TELAH PARA PESERTA IKUTI
0 comments "AKTIVITI KURSUS SMART MUSLIM PELAJAR SEKOLAH RENDAH", Baca atau Masukkan Komentar
Post a Comment